January 19th, 2011
poskod

CHERAS: Pembangunan a la Pappa Rich

(Oleh Ayam Fared)

Bandar Sri Permaisuri telah menjadi kawasan tempat permastautinanku selama hampir 5 tahun. Tidaklah selama mana, tetapi sekurang-kurangnya cukup buat aku untuk melihat perubahannya. (Ibarat seorang bayi, selepas 5 tahun ia pasti sudah masuk tadika dan belajar membaca.)

Lima tahun lepas, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, hanyalah kawasan perumahan yang menempel di antara Bandar Salak Selatan dan Bandar Tun Razak. Selain Taman Tasik Permaisuri — sebuah tasik dan sedikit rimba buatan manusia yang menjadi tempat beriadah untuk keluarga-keluarga dan pasangan bercinta — tidak banyak di sini. Stesen KTM Komuter dan LRT kedua-duanya hanya terletak di Salak Selatan dan Bandar Tun Razak.

Tapi kini, dengan adanya Pappa Rich, Original Kayu Nasi Kandar, Q Bistro, KK Mart, Hajris Bistro, Restoran Ayam Penyet dan bermacam lagi kedai makan berstatus middle class, dan pembinaan rumah bergenrekan kondominium, terbukti bahawa Bandar Sri Permaisuri kini lebih cool, hip dan terkini berbanding pesaingnya. Ha, Salak Selatan dan Bandar Tun Razak: ambik kau!

Pembangunan. Ianya alasan mudah untuk menaiktarafkan sesebuah kawasan: membina lebih banyak apartment, kondo dan kedai perniagaan. Tapi persoalannya, sejauh mana pembangunan ini menyumbang kepada penaiktarafan sosio-ekonomi penduduk setempat/asal?

Hah!

Secara permukaannya, “peluang pekerjaan” dan “penaiktarafan sumber pendapatan” jawapan mudah yang timbul di benak minda untuk menjustifikasikan pembangunan ini.

Tapi aku tidak bersetuju sangat dengan jawapan itu. Mengikut pendapat aku (yang hanya mewakili diriku), secaranya umumnya aku langsung tidak mendapat apa-apa faedah dari pembangunan a la Pappa Rich ini. Kalau ada pun, hanya kewujudan KK Mart berjaya menyumbang sesuatu kepada kehidupanku — sebagai pembekal minuman-minuman beralkohol yang kurang berjenama; ie: arak murah (keh keh keh).

Jika dilihat rambang, jawapan “peluang pekerjaan kepada penduduk setempat” juga agak dangkal. Majoriti pekerja yang diambil bekerja di restoran berstatus middle class dari kalangan pekerja asing. Apatah lagi restoran bergenrekan mamak, di mana jelas kesemua pekerjanya buruh dari India. Dimana kewujudan perniagaan yang dibawa masuk oleh “pembangunan” ini yang mampu menambah peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat?

Hah! (Sekali lagi!)

Aku bukan individu yang menolak pembangunan, atau berpijak di atas pendirian ketuanan — bukan, dan minta dijauhkan. Aku boleh menerima perubahan — cuma aku menolak pembangunan dan perubahan yang tidak terancang. Dan pembangunan Bandar Sri Permaisuri jelas adalah satu pembangunan yang tidak terancang.

Tak perlu aku menunjukkan bukti-bukti yang bombastik. Pertama, lihat ini:

Ini keadan di sekitar jalan utama Bandar Sri Permaisuri: kereta-kereta yang diletak di sisi jalan — yang bergarisan kuning, menyalahi undang-undang. Ini bukan lorong belakang, tempat para penagih bertemu tuhan. Untuk pengetahuan, kereta-kereta ini semua milik penyewa dan pemilik rumah-rumah apartment dan kondo.

Kenapa ini berlaku? Kenapa mereka sanggup meninggalkan kereta di mana sememangnya — bermula pukul 9 pagi nanti — akan disaman oleh Majlis Bandaraya?

Kerana penduduk tiada pilihan. Sifat tamak haloba para pemaju membuat rumah sebanyak mungkin, sehingga tanah yang mereka bangunkan tidak cukup ruang untuk tempat letak kenderaan. Bila penduduk disaman, mereka akan complain pada Majlis Bandaraya, Pihak penguasa akan kata: “Itu masalah kau dengan pemaju.” Bila penduduk mengadu pada pemaju, pemaju buat tak tahu.

Akhirnya, penduduk menjadi rebel, langsung tak mahu bayar saman, sebab rasa teraniaya. Keh keh. Padan muka penguasa!

Kedua, lihat ini:

Ini sebuah sekolah di Bandar Sri Permaisuri. Tahukan anda (aiseh, macam soalan kuiz pengetahuan am pulak), sekolah ini mempunyai padang seluas sekangkang kera? Di dataran perhimpunan bertar itulah yang terpaksa dijadikan “padang” pelajar sekolah. Setiap petang di situlah aku melihat kanak-kanak bermain rounders. Menyedihkan?

Di manakan sepatutnya letaknya padang hijau saujana untuk para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik ini bermain sepak bola atau menjaring bola? Jawapannya di sini:

  1. pokta reblogged this from poskod and added:
    Happening all over KL unfortunately, those greedy bastards.
  2. poskod posted this

Likes

Poskod is a new way to find out about, and participate in, what’s going on near you.

We’re a community-specific news and information platform dedicated to providing comprehensive and trusted local coverage for individual towns and communities.

Networks

Following