February 14th, 2011
poskod

“Mereka Pukul Saya Di Balai Polis”

Oleh Faisal Mustaffa

Fahmi, 30, seorang pendatang dari Indonesia, ditahan di satu sekatan jalan raya semasa menunggan motosikal di KL. Selepas beliau memeberitahu bahawa dia tidak membawa passport, Fahmi dibawa ke balai polis dan dipukul.

Menurut Fahmi, kedua-dua tapak kakinya dihentak dengan kayu cota sehingga pergelangan kakinya petah. Dia terpaksa ditempatkan di rumah sakit. Dia juga dipanggil dengan nama “bangsat”, dan dipaksa mengakui motosikalnya tidak berada dalam keadaan sempurna. Wang RM2,000 serta telefon bimbitnya dirampas.

Memang benar, pihak polis telah mengambil kenyataan Fahmi selepas tindakan pegawai polis memukulnya. Di bawah undang-undang dan piawai antarabangsa, tindakan sedemikian sememangnya suatu penyiksaan.

Mahkamah, ketika menerima kenyataan tersebut, menolak pengakuan Fahmi. Mahkamah juga gagal mendakwa anggota polis yang bertanggungjawab menyiksa Fahmi semasa berada di bali polis, dan menafikan sebarang pampasan terhadapnya.

Selain itu, pada awal 2010, Fahmi dikenakan hukuman rotan.

Rotan

Hukuman rotan dikenakan atasa banyak dakwaan dan kesalahan — di antaranya kesalahan merompak dan memiliki dadah. Tetapi, ia juga dikenakan atas kesalahan yang tidak melibatkan sebarang tindakan keganasan.

Hukuman rotan jauh berbeza dari pengalaman seorang murid sekolah yang dirotan oleh gurunya. Pesalah dibogelkan di khalayak ramai, diikat pada A-frame, dan dipukul dengan rotan besar. Kesakitan yang dialami mengakibatkan mereka tidak boleh duduk berminggu-minggu kerana siatan kulit akibat daripada rotan.

Adakah hukuman ini dapat memberi pengajaran kepada pesalah-pesalah? Adakah hukuman sedemikian terbukti dapat mengurangkan kadar jenayah? Satu lagi soalan: mengapa terdapat ramai mangsa hukuman rotan di kalangan warganegara luar, seperti di dalam kes Fahmi?

Piawaian Antarabangsa

Jumlah mangsa hukuman rotan dari kalangan warganegara luar menunjukkan bahawa bahasa menjadi masalah utama di dalam menerangkan kepada mangsa dakwaan mengenai kesalahan mereka.

Di bawah Artikel 14(3)(a) & (f) Kovenan Antarabangsa Hak Politik dan Sivil (ICCPR), seseorang suspek itu mestilah diberi hak untuk diberitahu dan diberi pemahaman mengenai dakwaannya. Seringkali, mangsa-mangsa — seperti Khan Kap, seorang pelarian Burma — dinafikan hak mereka untuk mendapat penterjemah semasa mereka ditahan, dan beberapa sekatan diberikan semasa pendakwaan di mahkamah.

Menurut Khan Kap, pihak polis dan RELA mendatanginya dengan menggunakan kereta dan senjata. Mereka tidak menyatakan alasan Khan Kap ditahan. Ini juga bercanggah dengan ICCPR (secara spesifik, Artikel 9(3)).

Malaysia tidak meratifikasikan ICCPR. Negara ini juga belum meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951.

Menahan Pendatang: Lumayan Untuk Polis

Kerana ini, UNHCR (Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian) menyedari kepentingan mendaftarkan pelarian-pelarian ini.

Akan tetapi, Amnesty International Malaysia melaporkan bahawa badan itu sering menerima aduan daripada pelarian dan pihak yang mendapat perlindungan politik bahawa penahanan yang diadakan seringkali berlaka semasa UNHCR menjalankan aktiviti pendaftaran bergerak mereka.

Sepatutnya pihak-pihak berwajib lebih bertanggungjawab di dalam memberi perlindungan kepada pelarian, bukannya mencari peluang untuk menahan.

Mangsa-mangsa turut mengadu bahawa, semasa penahanan, mereka diperasugut oleh anggota polis dan RELA. Seorang pendatan dari Burma, Lian Ming, memberitahu bahawa pihak polis dan RELA mengambil segala apa yang ada padanya, termasuk RM10 yang did miliki untuk berbelanja.

Bagi polis dan RELA, keupayaan mereka memerasugut tanpa risiko hukuman memberi anggota-anggota badan tersebut suatu insentif kewangan untuk menyerang pendatang dan pelarian.

Tiada Akses Kepada Peguam Bebas

Selain itu, terdapat juga kes-kes yang berlaku di mana mangsa dinafikan akses kepada peguam-peguam bebas. Akses ini penting, di dalam melindungi hak-hak banduan daripada penahanan sewenang-wenangnya (arbitrari), siksaan dan segala bentuk kezaliman mahupun hukuman, Sekali lagi, terdapat arturan yang minima yang dinyatakan oleh PBB bahawa banduan mempunyai hak untuk berjumpa dengan wakil peguam mereka.

Kesemua penyelewengan dalam prosedur penahanan ini bukan hanya menyentuh warganegara luar; orang Malaysia seperti kita juga boleh merasai akibatnya.

Seorang mangsa, Ismail, warganegara Malaysia, dirotan kerana terlibat dalam rompakan pada 1989. Dia memberitahu Amnesty Internatiol bahawa dia dari keluarga miskin, dan tidak mampu untuk mendapat perkhidmatan guaman. Pihak berkuasa polis telah menyediakan peguam bagi pihaknya — tetapi peguam itu tidak mewakilinya dengan efektif. Malah, Ismail dinasihat untuk mengaku sahaja kesalahan. Akhirnya, Ismail dihukum enam sebatan, dan lapan tahun penjara.

  1. shelectric reblogged this from poskod
  2. poskod posted this

Likes

Poskod is a new way to find out about, and participate in, what’s going on near you.

We’re a community-specific news and information platform dedicated to providing comprehensive and trusted local coverage for individual towns and communities.

Networks

Following